Neelofa, wanita bertudung pertama hiasi papan iklan Swarovski




Neelofa diumumkan sebagai wanita berhijab pertama Swarovski di Malaysia.

Pengacara dan pelakon, Neelofa diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, projek ini merupakan permulaan terbaik bagi kolaborasi yang akan datang.

“Kerjasama antara saya dan jenama Swarovski sudah lama terjalan, iaitu sejak 2017.

“Jadi, saya berharap agar projek ini menjadi permulaan terbaik untuk sebarang kolaborasi pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menjelaskan bahawa bulan Syawal merupakan senggang masa yang digunakan untuk memberi kepada masyarakat.

“Aspirasi saya sentiasa untuk memberi berbanding menerima. Tidak kira dari segi kasih sayang, kekuatan dan aura positif.

“Saya percaya, kredibiliti seseorang itu tidak hanya terlihat pada apa yang dia ada, tetapi dia berikan,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Swarovski turut mengumumkan kerjasama terbaharu dengan jenama tudung Neelofa, iaitu Naelofar Hijab.

Post a Comment

Previous Post Next Post