Cef Fikree jalin hubungan sulit dengan isteri orang




Cef Fikree bersama anaknya Jayden dan isteri, Zuriehan Ben Yahya

Cef selebriti, Cef Fikree Aznan dihambat kontroversi kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Perkara itu didedahkan isterinya, Zuriehan Ben Yahya menerusi laman Instagram miliknya @zuriehanbenyahya.

Menerusi Instagram tersebut mendakwa Fikree atau nama sebenarnya, Mohd. Fikree Najib Aznan bersekedudukan dengan wanita yang juga ibu kepada tiga anak.

"Im the one (saya) yang cari rumah untuk pindah, improved (perbaiki) life (kehidupan) Jayden dan mahu Fikree selesa.

"Susah payah deal (berunding) dengan ejen dan bungkus barang pindah seorang diri kononnya, Fikree bz(sibuk). Patutla tidak balik rumah, kereta perempuan itu pakai, kasut perempuan itu ada dalam rumah," tulisnya di Instagram.



Luahan Zuriehan menerusi laman Instagram miliknya @zuriehanbenyahya.

Menurut Zuriehan, dia turut melaporkan perkara tersebut kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun mendakwa JAIS lewat tiba ke lokasi.

"JAIS lambat datang. Masa Fikree bagi JAIS masuk, perempuan itu sudah keluar melalui pintu belakang," dakwanya.

Malah ketika kejadian, Fikree juga tidak menghiraukan kehadiran anak sulungnya Jayden.

Sehubungan itu, Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Post a Comment

Previous Post Next Post