Aliff Aziz mahu rujuk bekas isteri, Bella




Aliff dan Bella selepas bercerai di mahkamah baru-baru ini.

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memberi bayangan bersedia untuk rujuk semula bersama bekas isteri, Bella Astillah menerusi laman Twitter miliknya pagi tadi.

Aliff Aziz atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 28, telah memuat naik status berserta doa supaya jodoh mereka disatukan.


"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulis Aliff di laman Twitter miliknya.

Terdahulu Jumaat lalu, Aliff pernah menzahirkan perasaan rindu terhadap anaknya, Mohamad Ayden Adrean di medium sosial yang sama.

Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur lalu selepas pelantun Sayang Sayang itu didapati curang dengan remaja berusia 17 tahun.

Bella, 25, kini dalam tempoh edah selama kira-kira empat bulan atau tiga kali suci yang membolehkan mereka untuk merujuk semula.

Proses rujuk semula itu boleh dilafazkan secara lisan atau perbuatan dengan menjalinkan hubungan antara suami isteri.

Post a Comment

Previous Post Next Post