Hamil enam bulan, Anzalna Nasir suka pakai bulu mata palsu




Sejak hamil, Anzalna suka memakai bulu mata palsu dan kanta lekap terutama ketika keluar rumah.

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia memiliki tabiat pelik sejak hamil iaitu suka berdandan.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir yang kini hamil enam bulan berkata, dia suka memakai bulu mata palsu dan kanta lekap terutama ketika keluar rumah.

"Sebelum hamil, saya tidak suka memakai bulu mata palsu dan kanta lekap. Bagaimanapun, sekarang dia (bayi dalam kandungan) minta lebih-lebih.

"Tetapi saya tidaklah pakai di dalam rumah. Kalau ada majlis di luar, baru saya pakai," katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada sidang akhbar pelantikan Anzalna sebagai duta produk kesihatan NR.

Dalam pada itu, ditanya tentang jantina bayi yang dijangka bersalin pada bulan Jun depan, Anzalna enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut.

"Kami sudah mengetahui jantina bayi, namun saya dan suami sepakat tidak mahu mendedahkan sehinggalah hampir bersalin nanti. Buat masa sekarang, saya dan suami sahaja yang tahu. Keluarga pun tidak tahu.

"Saya sendiri tidak kisah bayi lelaki atau perempuan asalkan dia lahir dalam keadaan sihat walafiat. Saya juga akan mengadakan majlis doa selamat untuk mendedahkan jantina bayi kelak," ujar pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.

Terdahulu, Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post