Rashidi Ishak, Vanidah Imran bercerai




Rashidi dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan pada 9 Ogos tahun lalu.

Teka-teki mengenai status perkahwinan pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran akhirnya terjawab apabila aktor itu mendedahkan mereka telah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi mendedahkan perkara tersebut menerusi satu entri dalam Instagramnya sebentar tadi.

Menurut pelakon filem Setem itu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, namun terpaksa berbuat demikan demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan. Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan penuh rasa hormat dan persefahaman," tulisnya dalam Instagram.

Dalam pada itu, Rashidi turut mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga antara punca perceraian mereka.

"Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi (keluarga) adalah disebabkan kepimpinan yang tidak cekap dan lemah," tulisnya lagi.

Pasangan itu telah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika.

Sebelum ini pernah timbul desas-desus mengenai perceraian mereka bagaimanapun mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post