Pelakon Bella Daly selamat bernikah




Bella bersama Arif selamat diijabkabul hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Bella Daly selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihannya, Arif Izuddin.

Pasangan tersebut melangsungkan majlis pernikahan di Putrajaya sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Pada majlis tersebut juga, Arif, 34, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Bella.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Daly, 27, bertemu dengan Arif, seorang ahli perniagaan pada Ogos lalu dan mengikat tali pertunangan lima bulan kemudian.

Rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.

Merupakan perkahwinan keduanya, Bella sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 lalu bercerai pada 2 Mei 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Bella tidak dikurniakan cahaya mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post