Nenek Adira Suhaimi meninggal dunia




Masih berduka atas kehilangan bapa tercinta minggu lalu, penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian neneknya, sebentar tadi.

Menerusi Instagram, Adira meluahkan rasa sedih dan berharap diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan berkenaan.

“Allahuakbar, lepas satu-satu dugaan yang saya terima. Belum pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang, datang lagi dugaan apabila mendapat khabar nenek kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini,” katanya.

Sementara itu, kakak kepada Adira iaitu Emma turut meluahkan rasa sedih menerima khabar kematian nenek iaitu ibu kepada arwah ayah mereka.

“Saya tidak suka berkongsi kesedihan tetapi kali ini tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Baru empat hari arwah abah dikebumikan, hari ini, nenek pula. Perasaan ini sukar untuk digambarkan.

“Terima kasih kepada rakan yang sangat memahami dan memberikan suasana positif. Rakan di pejabat juga tidak menunjukkan wajah sedih yang boleh menyebabkan saya menangis dan boleh berpura-pura tabah,” katanya.

Emma turut berharap adik-beradiknya yang kini dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur dan Singapura supaya tidak terlalu risau dengan urusan pengebumian.

Sabtu lalu, ayah kepada Adira dan Emma iaitu Suhaimi Rajiman, 57, selamat dikebumikan di Kampung Kinandusan, Kundasang, Sabah.

Arwah meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalam badan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 21 Mac lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post