Isu video lucah, Aiman Tino nafi dirinya




Selepas berdiam diri, penyanyi remaja popular Aiman Tino akhirnya membuka mulut bagi menjawab persoalan tentang penyebaran sebuah video lucah mirip dirinya yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu, dia menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video itu adalah dirinya.

Malah dia juga berasa kesal kerana kerap menjadi mangsa fitnah oleh pengguna laman sosial kerana kontroversi sebegitu mampu menggugat karier seninya.

"Secara jujurnya saya baru sahaja menonton video tersebut pagi tadi. Fizikal saya langsung tidak sama dengan lelaki itu. Badan saya tidak berotot sedangkan dia mempunyai six-pack.

"Malah susun atur dalam bilik tidak sama. Mungkin ada pihak yang membuat suntingan dalam video itu agar ia nampak sama," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Pada masa sama, Aiman, 21, menerusi satu kenyataan semalam berkata, dia bersama pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada mana-mana pihak cuba membangkitkan semula isu itu.

"Saya akui tertekan dengan kontrovesi ini. Namun sokongan dan doa semua peminat menjadikan saya lebih kuat," katanya.

Ahad lalu, pengguna laman sosial dikejutkan dengan penularan sebuah video lucah mirip Aiman.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan onani dalam sebuah bilik. Bagaimanapun bahagian alat sulit lelaki itu ditutup menggunakan stiker atau pelekat grafik.

Post a Comment

Previous Post Next Post