Hazama Menyanyi nadi utama saya




"Saya tetap utamakan karier nyanyian walaupun sekarang semakin aktif dalam bidang penciptaan lagu.

"Menyanyi adalah nadi utama saya sekalipun pada masa sama rancak juga dengan aktiviti lakonan," kata penyanyi Hazama.

Sudah sedekad membina nama dalam karier seni, membuatkan Hazama semakin matang dalam perancangan kariernya.

Hazama, 35, berkata kini apa yang dilakukannya bukan untuk mengejar populariti sebaliknya ia dibuat demi memenuhi minat.

"Pada tahap karier saya sekarang, tak terfikir pun untuk meraih populariti. Tetapi, saya hanya mahu masyarakat menilai bakat seni yang ada.

"Lagipun, bukan mudah bagi saya memahat keyakinan diri untuk akhirnya sedia menyumbangkan lagu bagi dirakamkan oleh penyanyi lain," katanya.

Sebelum ini, Hazama mencipta lagu Pot Pet yang dinyanyikan penyanyi Black Hanifah dan anaknya, Khaleef Dayyan.

Bahkan, Hazama juga akan menyumbangkan lagu untuk dinyanyikan Sufian Suhaimi, Nabila Razali serta beberapa lagi penyanyi lain.

Tidak ketinggalan, Hazama juga dalam proses menyiapkan single solo dan perancangan album baru yang menjadi impiannya.

Masih rancak menerima tawaran menyanyi, Hazama memberitahu dia juga selesa memberi fokus menerima persembahan di dalam negara.

Katanya, jika ada persembahan di negara jiran seperti Singapura, dia sedia mempertimbangkan sekiranya tidak bertindan dengan jadual aktiviti seninya yang lain.

Kini, Hazama kembali mewarnai karier nyanyiannya dengan single Tunggu Aku Datang yang menjadi lagu tema (OST) drama Ammar & Opie lakonannya disiarkan TV3, tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post