Ezuwan Ismail nafi Nasha Aziz bakal kahwin




Status Instagram Ezuwan yang menjadi tanda tanya netizen.

Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menafikan gaun yang dipakai oleh Nasha Aziz seperti dalam video yang dimuat naik di Instagramnya adalah busana nikah pelakon itu.

Menurut Ezuwan, gaun dalam video tersebut adalah rekaan terbaharunya yang pernah dipertontonkan dalam sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini.

“Belum, Nasha Aziz belum mahu bernikah.

“Baju yang dipakai itu merupakan baju yang pernah diperagakan pada pertunjukan fesyen lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ezuwan turut mengulas tentang komen pengikutnya yang mengatakan baju tersebut terlalu seksi untuk dipakai pada majlis pernikahan.

“Mungkin netizen percaya baju tersebut baju nikah, sebab itu mereka mengkritik rekaan saya. Walhal, di bahagian belakang yang terdedah itu, saya lapikkan dengan fabrik berwarna kulit.

“Jangan risau, saya masih mengekalkan budaya timur dalam rekaan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ezuwan tidak melatah dengan kritikan yang diterima.

“Mereka yang meninggalkan komen sedemikian barangkali kurang terdedah dengan dunia fesyen. Sebaliknya, orang yang ada ilmu dalam bidang ini pasti lebih mengetahui.

“Jadi, saya lihat kritikan yang ditinggalkan itu sebagai satu perkara positif,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post