Wanna Ali tak diva, boleh bincang harga




Pelakon dan penyanyi jelita, Wanna Ali, 21, mengakui sedih dengan layanan segelintir produksi yang didakwa tidak adil disebabkan dia anak produser.

“Ada yang beranggapan ‘harga’ terlalu mahal kerana status anak produser, padahal sedar saya bukan artis popular dan masih mencari peluang sendiri dalam bidang ini.

“Pun begitu, janganlah disebabkan saya baru maka meletak harga yang langsung tidak munasabah. Segalanya boleh dibawa berbincang,” katanya.

Pelakon drama Mawar Murni itu sedar ada juga pihak enggan mengambilnya berlakon kerana dia didakwa mempunyai sikap ‘diva’ apabila berada di set penggambaran.

Kecewa dituduh begitu, anak kepada produser Datuk Ayu Puteh itu mengakui tetap dilayan sama waima berlakon di bawah produksi miliknya ibunya, Pencil Pictures & Records.

“Saya tetap dilayan sama seperti artis lain malah dimarahi pengarah dan produser jika buat salah di set. Saya turut buat kajian mengenai watak dan berusaha sama seperti pelakon lain.

“Untuk berlagak ‘diva’ dan ‘demanding’ adalah jauh sama sekali. Saya masih dalam proses belajar dan berusaha untuk membina nama,” katanya.

Pun begitu, Wanna meminta jika ada pihak produksi yang beranggapan harga mahal menyebabkan mereka enggan mengambilnya berlakon, maka lebih elok jika terus bertanya padanya sendiri.

“Kalau tidak tahu, boleh tanya tapi janganlah buat tanggapan sendiri,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post