Ezuwan Ismail Tidak kisah diejek vokal tercekik sudu




Ketua kumpulan E1, Ezuwan Ismail mengakui terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak mengenai vokalnya sebagai penyanyi.

Ezuwan, 37, yang juga merupakan pereka fesyen berkata, kritikan tersebut bukanlah penghalang bagi dirinya dan dua ahli kumpulan lain untuk meneruskan langkah dalam bidang

“Saya sedar, ada artis yang memuat naik status tentang keinginan saya merakam lagu. Menurut status tersebut, suara saya seperti tercekik sudu. Jika benar dia tujukan status tersebut ditujukan untuk E1, saya tidak kisah.

“Hal ini kerana, kritikan tersebut akan menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus berusaha dan berlatih dengan lebih keras,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung E1, Semalam Sahaja di Butik Ezuwan Ismail di sini sebentar tadi.

Ezuwan diminta mengulas mengenai status yang dimuatnaik oleh pelakon Rozita Che Wan yang memberi komen tentang kelemahan suara Ezuwan di Instagramnya.

Dalam pada itu, Ezuwan menambah, kemunculan mereka bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada apatah lagi bersikap syok sendiri.

“Saya dan ahli kumpulan lain memang serious untuk meneruskan projek ini.

“Insya-Allah, selepas ini, kami akan menerbitkan lagu raya tidak lama lagi,” katanya lagi.

Selain Ezuwan, E1 dianggotai oleh Zulyasrani dan Ariff Imran.


Post a Comment

Previous Post Next Post