Ezlynn sedih diminta tukar hobi berbasikal




Ezlynn semakin pulih.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memberitahu kecederaan pada lututnya semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 37, diminta untuk tidak melakukan aktiviti lasak dan menukar hobi berbasikal yang sebelum ini menjadi kegemarannya.

"Alhamdulillah, kecederaan semakin pulih dan sekarang saya menjalani fisioterapi dengan jurulatih khas untuk meningkatkan stamina.

"Doktor juga menasihatkan agar saya menukar hobi berbasikal yang merupakan minat saya sejak dulu," ujarnya.



Ezlynn jalani pemdedahan lutut September tahun lalu.

Ezlynn mengalami kerosakan lutut pada bahagian cartilage akibat gel kering dan mengakibatkan kecederaan apabila bergesel.

Biarpun penyakit itu sering dialami oleh wanita berusia lebih 50 tahun, namun ia boleh menyerang golongan muda yang terlalu aktif bersukan.

Ezlynn berkata, selepas menjalani pembedahan, doktor menasihatkan dia untuk berehat selama embat bulan.

"Saya diminta berehat embat bulan tapi saya kembali buat persembahan selepas sebulan berehat.

"Sekarang rasanya sudah beransur pulih, tapi doktor beritahu ia boleh datang semula jika tidak dirawat dengan baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Ezlynn berkata, perasaannya sangat sedih apabila nikmat untuk berjalan itu ditarik balik buat seketika.

"Sukar nak dibayangkan kerana nikmat berjalan itu ditarik sekelip mata. Orang tak tahu betapa sedihnya saya ketika tidak boleh berjalan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ezlynn baharu sahaja melancarkan single baharunya berjudul Goyang.

Muzik video lagu ciptaan Farique Nadzir dan Adah Kahir boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music.

Post a Comment

Previous Post Next Post