Pelakon Eyra Hazali memberitahu bahawa dirinya kini sudah berhijrah dengan imej baharu tampil berhijab.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 20, mendedahkan bahawa dirinya sudah mula bertudung sepenuhnya sejak kelmarin.
"Sebenarnya saya sudah lama niat untuk bertudung, cuma, saya membuat keputusan sepenuhnya untuk tampil dengan imej baharu ini sejak dua hari lalu," katanya.
Pelakon Mr. Grey itu membuat pengumuman khas sewaktu Majlis Pengumuman Khas Senarai Top 20 Anugerah MeleTOP Era di Malam Eksklusif MeleTOP di sini sebentar tadi.