Aprena Manrose mohon Aliff Aziz bertanggungjawab




Rakan baik kepada Bella Astillah yang juga adik kepada wanita yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Octovia Manrose iaitu Aprena Manrose berkata, dia tidak berhak mencampuri kemelut yang berlaku antara mereka bertiga.

Kata Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman melalui Instagram, dia berasa serba salah dengan apa yang terjadi.

“Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya.

“Cuma yang salah tetap salah. Tidak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah, dia sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini,” kongsi Aprena.

Aprena cuma berharap, Bella dan Octovia dapat memilih jalan damai.

“Harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian dalam laman sosial.

“Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat-sangat,” tulis pelakon drama Tundukkan Playboy Itu.

Tambah Aprena, dia turut menuntut agar Alif bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Untuk Aliff, ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala kekusutan,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post