Netizen mohon maaf daripada Afifah Nasir




Pelakon Afifah Nasir yang sebelum ini pernah dikaitkan kontroversi keluar ke pusat hiburan karaoke bersama Aliff Aziz menerima banyak permohonan maaf daripada netizen yang kini menyedari dirinya tidak bersalah.

“Terlalu banyak direct message (DM). Ketahuilah, apa sahaja yang anda lakukan pada masa lalu, mohon maaf daripada Allah.

“Peringatan juga untuk semua, selalu berbuat baik dan jangan pernah menyakiti orang lain tanpa mengenali mereka.

“Sementara masih bernafas atas bumi ini, berbuat baiklah. Habiskan masa buat perkara yang berfaedah,” tulisnya melalui catatan di Instastory.

Selain banyak menerima permohonan maaf daripada netizen, Afifah juga berkongsi kata-kata semangat daripada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan hidupnya.

“Saya tahu dari dulu Afifah tidak bersalah,” tulis seorang netizen seperti dikongsi Afifah melalui cacatan di Instastory.

Pada Julai 2017, pelakon Aliff Aziz didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon wanita Afifah Nasir apabila ditemui berhibur di sebuah pusat karaoke.

Kelmarin, Aliff Aziz sekali lagi didakwa curang apabila isterinya, Bella Astillah mendedahkan suaminya itu menjalin hubungan dengan Octovia Menrose pelakon gandingannya dalam sebuah drama.

Post a Comment

Previous Post Next Post