Amy Search perkenal mesin kopi layan diri, BaristAmy




Amy bersama jenama mesin kopi layan diri, BaristAmy.

Penyanyi rock Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 61, memperkenalkan jenama mesin kopi layan diri, BaristAmy.

Menurut Amy, BaristAmy merupakan cabang bisnes terbaharu beliau selepas melancarkan Phewiiit Coffee sejak awal tahun lalu.

“Kecintaan saya terhadap kopi sungguh luar biasa.

“Disebabkan kecintaan tersebut, saya melancarkan BaristAmy, sebuah jenama mesin kopi layan diri,” katanya kepada Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Mesin kopi layan diri tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi hari ini menerusi Malaysia Halal Expo 2019 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Jika ada sesiapa yang ingin merasai kelazatan kopi BaristAmy, boleh datang ke gerai kami di sini.

Menurut Amy, sebanyak 500 unit mesin kopi layan diri BaristAmy akan dibawa masuk dalam masa berperingkat dan bakal diletakkan di sekitar ibu kota dan kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

“Insya-Allah, selepas hari raya nanti, peminat kopi boleh membeli kopi secara layan diri BaristAmy dengan lebih mudah.

“Saya merancang untuk menempatkan mesin ini di sekitar Kuala Lumpur, lapangan terbang, universiti dan bank,” katanya lagi.

Malaysia Halal Expo 2019 diadakan bermula hari ini sehingga 26 Januari 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post