Penyanyi Sissy Iman menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan rakan artis Ariff Bahran seperti dikhabarkan sebelum ini.
Sissy, 24, berkata, gosip percintaan antara penyanyi lagi Kata Akhirmu dengan penyanyi Sarah Suhairi itu tidak menjejaskan persahabatan mereka.
"Kami semua berkawan baik sahaja sejak dalam program realiti Big Stage. Ariff juga baik dengan kawan-kawan lain.
"Orang tahu saya dan Ariff baik tapi tidaklah sampai bercinta. Bila keluar pasal mereka (Ariff dan Sarah) ada pula yang menyangka saya patah hati," ujarnya.
Sissy sebelum ini pernah dikaitkan dengan Ariff Bahran ketika berada di program realiti nyanyian Big Stage.
Ariff Bahran dan Sarah Suhairi.
Dia mengulas khabar angin percintaan penyanyi itu dengan Sarah Suhairi.
Tambah, Sissy, dia menganggap hubungan rapat antara mereka tidak melebihi hubungan persabahatan.
Dalam pada itu, Sissy yang ditemui pada majlis ulang tahun ke 40 Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Jumaat lalu itu bakal melancarkan single terbaharu berjudul Pesanan Ayahanda.
Lagu berkenaan ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan dia sendiri.
"InsyaAllah lagu baru akan dilancarkan pada 25 Januari ini dan ia mengisahkan tentang ayah saya.
"Ramai yang tahu hubungan saya dengan ayah bagaimana dan ayah adalah orang yang banyak memberi inspirasi kepada saya," ujarnya.