Azlan halalkan hutang penganjur Konsert High Note




Azlan mengakui tidak menyimpan dendam terhadap penganjur Konsert High Note, DME Entertainment.

Vokalis Azlan & The Typewriter, Azlan mengakui tidak menyimpan dendam terhadap penganjur Konsert High Note, DME Entertainment yang sehingga hari ini masih tidak menjelaskan baki bayaran sebanyak RM90,000.

Sungguhpun pernah menyatakan hasrat untuk menyaman, namun, Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 37, enggan meneruskan tindakan tersebut atas alasan simpati terhadap anak-anak penganjur berkenaan.

“Saya halalkan hutang penganjur berkenaan kerana anak-anaknya. Tentang perkara lain, biarlah antara dia dengan Tuhan.

“Jika saya teruskan dengan saman, mereka yang akan terkesan nanti,” ujar Azlan ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama minuman tenaganya, Turbo 3 di sini sebentar tadi.

Sementara itu, menurut Azlan, pihak DME Entertainments masih gagal dikesan sehingga kini.

“Saya tidak tahu tentang artis lain, tetapi penganjur tidak pernah menghubungi pihak pengurusan saya sejak kehilangannya,” katanya lagi.

Walaupun pernah ditipu, Azlan tetap tidak berputus asa untuk cuba menerbitkan konsert sendiri pada masa depan.

Menerusi Konsert High Note yang diadakan di Istana Budaya pada November 2016 itu, Azlan ditemani oleh penyanyi Ziana Zain dan Jaclyn Victor. -

Post a Comment

Previous Post Next Post