
Jihan ketika dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecil di perutnya.
Pelawak dan pengacara popular, Jihan Musa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor di sini hari ini.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 35, melalui perkongsian sekeping gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen, isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu memaklumkan dia telah menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut.
"Alhamdulillah selesai sudah operasi kecil saya pada hari ini. Saya bukan mengandung adik ninja. Saya sakit dan rehat dulu.
"Terima kasih kepada doktor dan pasukan. Moga Allah ampuni dosa saya," tulisnya.
Jihan bagaimanapun tidak menyatakan penyakit yang dihidapi sehingga terpaksa menjalani pembedahan berkenaan.
Dalam pada itu, Jihan turut mengumumkan akan berehat daripada kerja buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih. - K! ONLINE