Che Ta, Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain baru darjah 2




Dalam perkongsian beberapa keping foto di Instagram, Che Ta berkongsi untaian ucapan menarik yang mendapat perhatian netizen.

Pelakon jelita Rozita Che Wan menyambut ulang tahun perkahwinan dengan suaminya, Zain Saidin yang kini memasuki tahun kelima.

Dalam perkongsian beberapa keping foto di Instagram, Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi untaian ucapan menarik yang mendapat perhatian netizen.

“Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain masa itu baru darjah 2.

“Jadi kalau sesiapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pula menangis tepi bucu katil. Mungkin jodoh anda masih di atas,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon berusia 45 tahun itu memberi ucapan manis lagi bermakna sebagai tanda syukur Zain menjadi suaminya.

“Syukur di atas pemberian Tuhan yang terindah. Terima kasih kerana menemani saya dalam setiap hari-hari yang penuh dengan cinta,” kongsinya.

Pelakon siri komedi Kiah Perkasam itu turut mengusik Zain melalui satu lagi perkongsian foto berserta kapsyen bersaingan yang dimuat naik.

“Orang cakap kalau ingin tahu suami itu bahagia ke tidak, tengok saiz sebelum dan selepas. Kiranya, Zain bahagialah. Dulu saiz XS, sekarang M,” usik Che Ta.

Che Ta dan Zain Saidin berkahwin pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaisyah Dhia Rania Zain setahun kemudian.

Post a Comment

Previous Post Next Post