Aliff Syukri Palace tersenarai antara kediaman mewah di dunia




Perkongsian di laman Instagram Homesoftherich mengenai kediaman Aliff Syukri.

Kediaman jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dipaparkan di laman Instagram yang berkongsi gambar kediaman elit di seluruh dunia iaitu Homeoftherich Rabu lalu.

Bagaimanapun, Aliff Syukri Kamarzaman, 31, kesal dengan komen seorang pengguna laman sosial tersebut yang mengecamnya pada perkongsian gambar berkenaan dengan mempertikaikan mengenai sumber kekayaannya.

“Sedih dengan perangai orang Malaysia. Bila rumah saya diletakkan antara rumah terhebat perhatian dunia, saya rasa bangga.

“Rumah itu hasil usaha saya sendiri dan bukan rompak duit kalian. Bawang-bawang Malaysia ini dengki,” luahnya.

Beliau yang terkilan dengan tindakan itu telah menyelar komen netizen berkenaan yang turut menyentuh identiti bapanya sebagai pengawal keselamatan.

Komen kecaman yang ditinggalkan seorang pengguna laman Instagram.

Laman instagram @homeoftherich dengan 274,000 pengikut telah memuatnaik dua keping gambar dengan memaparkan Aliff Syukri di hadapan rumah bersama sebuah kereta mewah dan sudut tangga di dalam kediamannya.

Difahamkan, nilai kediaman Aliff Syukri Palace yang memuatkan 30 bilik tidur, surau, gim dan bilik kebal itu adalah lebih RM35 juta.

Kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu mendapat perhatian media sejak ia siap dibina April lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post