Raja Ilya terima lamaran kekasih




Pelakon, Raja Ilya mengumumkan telah menerima lamaran kekasihnya dengan memuat naik sekeping gambar jari manisnya dihiasi sebutir cincin bertatahkan berlian.

Raja Ilya, 33, yang sudah berkenalan dengan teman lelaki warga Australia sejak 2012 itu pernah memberitahu bakal mendirikan rumah tangga pada November tahun hadapan.


“Saya berkata ya. Cincin ini menjadi bukti bahawa saya kini tunangannya.

“Terima kasih untuk semua yang tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan saya. Alhamdulillah doa anda kini telah termakbul,” tulisnya pada status tersebut.

Akui pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu, bakal suaminya adalah ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.

Post a Comment

Previous Post Next Post