Polis Evo 2 raih kutipan RM3.5 juta




Filem Polis Evo 2 cipta rekod baharu apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaannya.

Filem aksi Polis Evo 2 yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM TBK mencipta rekod baharu apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaannya pada 22 November lalu.

Naib Presiden Dan Ketua Bahagian Melayu Dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya mengharapkan momentum yang sama akan berkekalan hingga ke minggu seterusnya.


“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton Malaysia dan Brunei kerana memberi sokongan padu kepada Polis Evo 2.

“Terbaharu, Polis Evo 2 akan memulakan tayangan awal di Singapura pada 23, 24 dan 25 November sebelum diluncurkan secara rasmi pada 29 November depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Rekod kutipan pembukaan tertinggi sebelum ini dipegang oleh filem Munafik 2, dengan jumlah kutipan sebanyak RM2.05 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post