Neelofa mohon doa datuk diberi kesembuhan




Neelofa (gambar kecil) meminta peminatnya mendoakan supaya datuknya yang kini sedang dirawat di hospital diberikan kesembuhan.

Pelakon dan pengacara Neelofa mengharapkan agar datuknya, Noor Mohamed yang kini terlantar di hospital diberikan kesembuhan.

Melalui perkongsian di InstaStory pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd. Noor itu, beliau memuat naik video yang memaparkan keadaan datuknya berserta tulisan yang menyentuh hati.

"Jumpa Abah (panggilan untuk datuknya) nanti. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya," kongsinya.

Pengacara program Meletop itu turut mendedahkan beliau berasa kesal terpaksa berjauhan dengan datuk serta keluarganya pada saat memerlukan seperti sekarang.

"Saya telah berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam karier dan perniagaan dan berjaya mengatasi semua. Tetapi tidak dapat berada di sisi dia (Abah) dan keluarga merupakan cabaran terbesar dan amat menyakitkan.

"Tidak terfikir kerja akan menjadi alasan. Saya sangat sedih tidak dapat berada di sisinya pada waktu sekarang. Kalau anda semua masih diberikan waktu untuk menghabiskan masa dengan orang tersayang tatkala mereka dekat dan masih sihat, jangan sia-siakan peluang itu. Jumpa nanti, saya minta maaf, Abah," tulis Neelofa, 29.

Difahamkan, Neelofa ketika ini tidak dapat bersama-sama keluarga menemani datuknya kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post