Forteen tidak pernah pulaukan Izzue




Ameer (kiri), Ariz Lufias (tengah) dan One ketika memberikan kenyataan pada sidang akhbar sebentar tadi.

Anggota kumpulan Forteen mendedahkan tidak pernah bertindak memulaukan Izzue Islam sehingga menyebabkan penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan pada malam akhir Konsert Gegar Vaganza 5 Ahad lalu.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Ariz Lufiaz berkata, mereka sebenarnya berdiam kerana ingin memberi masa kepada Izzue untuk bertenang sebelum berbincang masalah yang dihadapi dengan lebih lanjut.

“Sepanjang tujuh tahun bersama, kami memang akan memberi masa untuk bertenang terlebih dahulu jika berlaku sebarang masalah antara kami, kemudian baru duduk bersama dan berbincang.

“Kami tidak pernah memulaukan dia, tetapi kami memberi masa untuk dia menenangkan diri dahulu,” katanya yang ditemui ketika sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut One atau nama penuhnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin, punca perbalahan sebenar antara mereka sangat kecil dan boleh dibawa berbincang, namun dia terkilan kerana tidak diberi peluang berbuat demikian.

Katanya, berlaku sedikit insiden salah faham ketika memilih lagu untuk dinyanyikan pada majlis khas peserta akhir Gegar Vaganza yang diadakan tiga hari sebelum malam akhir konsert GV5 berlangsung.

“Pada mulanya kami sudah memilih lagu untuk dinyanyikan, tetapi pada hari latihan kami sengaja cuba berlatih menyanyikan lagu lain.

“Hal itu menyebabkan Izzue marah dan ia berlaku di hadapan pasukan produksi Astro. Saya cuba berlembut dan pergi menenangkan dia, namun Izzue menolak untuk berbincang,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post