Alif Satar sertai Ironman 70.3 kali pertama di Langkawi




"Memang saya agak gelabah dan gementar untuk menyertai Ironman 70.3 buat kali pertama dalam hidup," ujar artis terkemuka Malaysia, Alif Satar yang bakal membuat penampilan pertama awal pagi esok.

Alif membuat keputusan untuk datang lebih awal di venue kejohanan tahun ini ekoran pengacara yang sebelum ini terkenal dengan rancangan Clever Girl Malaysia ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan semasa di lokasi sebenar.

Artis berusia 28 tahun tersebut itu mengakui dia perlu datang lebih awal bagi mendapatkan ketenangan serta menjalani latihan terlebih dahulu sebelum merasai pengalaman sebenar.

“Latar belakang saya memang seorang yang aktif bersukan serta saya mula berenang pada umur 12 tahun. Apabila sudah memasuki industri hiburan, kini saya sudah mula rindukan kembali aktiviti bersukan yang betul-betul mencabar kemampuan seseorang.

“Saya sebenarnya sudah lama ingin ceburkan diri dalam bidang ini dan kali ini tetapi tolakan utama kini lebih terarah kepada ibu yang turut mendorong untuk mengambil bahagian dalam acara triathlon di Ironman Langkawi.

“Saya baru berlatih awal tahun ini apabila bertemu dengan salah seorang atlet profesional, Rupert Chen yang boleh dikatakan menjadi jurulatih buat diri saya hampir sembilan bulan bersama kumpulan atlet lain.

“Dari situ keberanian mula timbul dan ini merupakan Ironman pertama yang saya sertai dan ia adalah triathlon yang kedua apabila sebelum ini pernah beraksi di Port Dickson untuk kejohanan yang berlainan.

“Gementar dan cuak dalam diri sememangnya ada dalam diri, namun selepas melihat suasana di lokasi sebenar kini perasaan saya kembali tenang. Saya sampai lebih awal pada hari Rabu kerana gelabah tetapi kini sempatlah ambik mood di venue sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Alif memberitahu dia kini perlu bijak mengawal pemikiran dan juga tekanan jika ingin mendapatkan keputusan yang positif untuk penampilan sulongnya.

“Berani saya mengatakan disiplin berlari adalah satu perkara yang paling saya malas untuk lakukan. Ia bukan disebabkan penat namun kebiasaannya minda akan menguasai diri sendiri apabila berdepan cabran.

“Saya melihat kejohanan Ironman ini betul-betul menguji bukan orang kata sebagai gaya dan disiplinnya namun sesiapa yang menyertainya menunjukkan seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencabar diri sendiri,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post