
Tulisan Wak Doyok (gambar) dalam Instagramnya.
Bapa kepada pelakon dan ikon fesyen terkenal Wak Doyok iaitu Mohd. Nor Abdul Hamid meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara sedih berkenaan dikongsikan Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.
"Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat baba saya," tulisnya ringkas dengan memuat naik sekeping gambar surah al-Fatihah.
Bapa Wak Doyok difahamkan meninggal dunia kerana usus bengkak dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang.