Aprena Manrose diminta padam gambar seksi




Kalau ditanya pada Diva di manakah letaknya keseksian pelakon Aprena Manrose, Diva rasa suaranya. Diva memang suka dengar suara Aprena Manrose yang orang cakap seperti serak-serak basah itu.

Wajahnya juga berbeza dengan sepupu-sepupunya seperti Nelydia dan Uqasha yang mana Aprena kelihatan ayu dan manis dengan rambut berwarna hitam. Cuma baru-baru ini Diva ada terdengar cerita yang kurang sedap mengenai Aprena.

Bukan apa, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu dikatakan berkongsi foto yang mengundang kecaman pengikutnya di laman Instagram. Apa yang Diva tahu, mereka kurang senang melihat foto Aprena dengan baju berwarna putih daripada sudut sisi yang menunjukkan bentuk dada dan bahagian ketiaknya.

Ramai yang memintanya memadam foto berkenaan, tak kurang juga yang mengecam. Nak dijadikan cerita, kapsyen pada foto tersebut juga mengundang asakan netizen apabila dia menulis pose seperti tiada hari esok. Maka, ada pengikutnya yang menulis komen kalau tiada hari esok, maknanya mati dan baik bertaubat.

Bagaimanapun, Aprena nampaknya tidak melatah dengan kecaman demi kecaman yang diterimanya di Instagram @mrsaprenamanrose. Pada masa sama, ada juga yang memuji kecantikan pelakon itu.

Apa-apapun Diva tidak mahu komen mengenai foto Aprena itu kerana itu haknya. Cuma, barangkali netizen tidak suka kerana Aprena seorang selebriti dan segala tindakannya diperhatikan orang ramai.

Bagaimanapun, Diva tengok Aprena makin sakan. Siap jadikan foto berkenaan sebagai gambar profil di Instagram lagi. Diva dapat tahu juga, sebelum ini Aprena pernah jua dikritik gara-gara berkongsi foto mengenakan baju ketat di gimnasium.

Post a Comment

Previous Post Next Post