Hadiah istimewa sempena hari jadi Shaheizy Sam


Hasrat pelakon Syatilla Melvin untuk kembali hamil selepas mengalami keguguran Julai lalu menjadi kenyataan.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Syatilla menerusi akaun Instagram miliknya jam 12 tengah hari tadi.

Menurut selebriti berusia 27 tahun ini, ada hikmah dia mengalami keguguran Julai lalu kerana ALLAH SWT memberi hadiah yang tidak ternilai sempena hari jadi suaminya, Shaheizy Sam, yang genap 36 tahun, hari ini.

"Alhamdulillah tak putus rezeki Allah SWT bagi. Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin ALLAH SWT nak bagi hadiah hari jadi sempena ulang tahun kelahiran suamiku hari ini.

"Sama-sama doakan kami supaya bayi ini sihat sampai keluar melihat dunia nanti," tulisnya beserta tanda pagar #sumpahtakkomplotdengankakipaq.

Syatilla sebelum ini mengalami keguguran ketika kandungan berusia hampir enam minggu, selepas pulang bercuti dari Santorini, Greece.

Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, juga sudah bersedia untuk menimang cahaya mata biarpun Syeriv baru berusia 15 bulan.



"Saya memang mahukan ramai anak dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. InsyaALLAH kalau ada rezeki saya mahu lima orang anak," katanya sebelum ini.

Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran, sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 16 bulan.

Dalam pada itu, kakak ipar Syatilla, Zizie Izette juga hamil anak kedua, lima bulan selepas melahirkan anak lelaki kembarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post