Fouziah Gous kini berhijab


Sekembali pelakon dan pengacara Fouziah Gous daripada mengerjakan ibadah haji bermula pada 16 Ogos lalu, Fouziah kini dilihat terus kekal berhijab.

Isteri kepada ahli perniagaan berjaya, Datuk Zhafran Yusof ini mengakui bahawa dia berhijrah atas kerelaan dirinya sendiri.

“Ya benar, saya telah berhijab. Doakan agar saya terus istiqamah,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini ringkas.

Penghijrahan Fouziah ini mendapat pujian daripada rakan-rakan artis dan pengikutnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post