Ikhwan Rosli harap diterima balik


Mungkin nama bekas penyampai radio Kool FM iaitu Ikhwan Rosli kurang kedengaran dan dianggap bersara namun sebenarnya pemilik nama ini masih belum bersara dari dunia seni tempatan.

Ketika dihubungi bagi bertanyakan perkhabarannya, Ikhwan yang dahulunya pernah popular menerusi drama Bong di TV9, kini bakal kembali mewarnai dunia lakonan.

"Alhamdulillah, selepas tidak terikat dengan mana-mana stesen radio, Ikhwan sekarang terlibat dalam satu program #familyshowdown yang sedang disiarkan setiap khamis 10 malam di NTV 7.

"Selain itu juga penantian selama lima tahun akhirnya kembali berlakon," katanya teruja.

Selepas pengunduran diri sebagai penyampai radio, karier seni Ikhwan Rosli atau nama lengkapnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli, 35, diurus oleh isterinya, Noor Idayu Mohd Shari.

Selain isterinya, jejaka itu juga turut sama diurus oleh Rubbertapper Artist Management.




Biarpun arena seni hari ini dihujani pelapis baharu, namun Ikhwan percaya rezeki hari ini semuanya kerana anak-anak.

"Sebenarnya sudah lama menantikan peluang ini. Iya lah, kena bersaing dengan ramai artis.

"Alhamdulillah syukur ini adalah rezeki daripada anak-anak.

"Jadi harapan saya semoga penonton dapat menerima kemunculan saya semula. Apa pun orang nak kritik saya terima," jelas Ikhwan.

Post a Comment

Previous Post Next Post