Datuk Red tersilap nama bapa mertua Adira Suhaimi


Penyanyi, Adira Suhaimi berkata ucapan sempena hari lahir daripada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada tahun ini adalah yang paling menarik.

Walau bagaimanapun, dalam keterujaan ucapan suami penyanyi popular Ilusi itu telah tersilap nama bapa mertuanya.

"Thank yoy sayang!! @dato.red walaupun Adira Sulaiman!!!! Ucapan paling win taun ini... love you too!!" coret Adira.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 27, turut berkata, suaminya seorang yang suka bergurau.

"Suami saya ini suka bergurau. Jangan serious sangat sayang sayang... By the way thank you atas ucapan birthday," kata Adira di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyambut jenaka Datuk Red menerusi ruang komen IG Adira.

"Amboi Datuk Red, bini baru dua dah lupa nama bapa mertua ke? Ke Sulaiman tu bakal bapak mertua nombor tiga?" komen salah seorang pengguna.



Post a Comment

Previous Post Next Post