Farah Lee, Maream punyai lebih 500,000 pengikut


Sejak Farah Lee dan Maream berhijrah ke Britain untuk menyambung pengajian pada 10 September lalu, ramai yang mengikuti perkembangan dua beranak itu di Instagram (IG).

Setiap hari, begitu ramai yang teruja untuk menantikan update terbaru Farah Lee, atau lebih mesra dengan panggilan Omma.

Tidak hairanlah kini dia mempunyai lebih 500,00 pengikut. Namun, antara yang menarik perhatian ramai apabila Farah sering memuatnaik gambar dengan kapsyen yang memberi hint tentang ‘daddy baru’.

Malah sebelum sampai di Britain, dia pernah menulis kapsyen di sebuah gambar Maream yang disertai dengan hashtag #daddybarumatabiru.

Sebelum ini juga, Maream sering bertanyakan tentang 'daddy baru'.

Di salah satu entri IG semasa mula mendaftar sebagai pelajar, dia juga turut menulis semoga berjaya menamatkan zaman bujang.

"Semoga berjaya menamatkan zaman bujang. Eh eh, menamatkan pelajaran",




Walaupun hanya berlucu, namun rata-rata peminat menganggap ia merupakan satu doa dan mengharapkan semoga Farah bertemu jodoh selain berjaya menamatkan pengajiannya di sana dengan cemerlang.

Selain turut mendoakan kehidupan dua beranak itu diperantauan dipermudahkan.

Farah Lee atau Nurfarahin Romli, bukanlah selebriti popular tetapi beliau antara wanita yang cukup kuat, bersemangat dan mempunyai jumlah peminatnya tersendiri. Kehidupan Farah bersama anak kecilnya, Maream Esaabel mula mendapat perhatian ramai apabila beliau sah bercerai dengan personaliti tv popular, Ally Iskandar.

Menerusi akaun Instagramnya, Farah sering memuat naik aktiviti seharian mereka anak-beranak. Malah, hubungan harmoni Farah bersama bekas suaminya juga sering dijadikan inspirasi buat orang ramai diluar sana.

Termasuk perkongisan Farah mengenai penghijrahannya bersama Maream ke Britain mendapat pujian netizen yang rata-rata menganggap beliau seorang wanita yang tabah dan bersemangat.



Post a Comment

Previous Post Next Post