Apresiasi Misha, Al Jufferi, Amerul, Rafiq


Empat penama daripada empat penjuru karier, Misha, Amerul, Al Jufferi dan Rafiq itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam jiwa khalayak Malaysia.

Baik Misha Omar, 36, Amerul Affendi, 32, Al Jufferi Jamari, 27, atau Rafiq Ismail, 21, mereka sama sekali tidak mempunyai sebarang pertalian darah, apalagi berkongsi padang permainan yang sama. Mereka juga pertama kali bertemu pada sesi eksklusif yang diatur HabHib Kosmo! sempena edisi khas menyambut Hari Malaysia yang jatuh pada esok, 16 September.

Bagaimanapun, baik penyanyi yang kini menuai kembali sukses namanya dengan hit Sampai Bila, atau Amerul yang tidak pernah gagal menyerlah menerusi filem terkininya, One Two Jaga, atau pemegang pingat emas boling acara Masters lelaki dan perak trio lelaki pada Sukan Asia Jakarta-Palembang, Rafiq dan juara dunia pencak silat, Al Jufferi yang memegang pingat perak acara tersebut bagi kategori 70-75 kilogram (kg), mereka disatukan atas satu apresiasi.
Setiap daripada mereka, biar tidak bermandi populariti pada aras yang luar biasa, namun telah menelurkan kerja-kerja ajaib yang berjaya menghipnosis peminat sepanjang menyemai wangian dalam lapangan masing-masing.

Tempoh hari, keempat-empat manusia yang kami sifatkan duduk kategori underdog, tetapi berbisa itu berbicara tentang liku dan keseronokan karier, sensasi serta antusias terhadap negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post