Tasha Manshahar nikah penyampai radio


Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta, Tasha Manshahar bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga penyampai radio, bulan depan.

Tasha, 26, atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata keputusan itu diambil selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

"Kami mula berkenalan hujung 2016. Selepas hampir setahun, kami ambil keputusan untuk bertunang pula. Dari awal perhubungan hingga sekarang kami memang tidak terlalu bercerita.

"Bukan apa, dalam tempoh bertunang apa saja boleh terjadi. Kita tidak tahu hati orang. Mungkin ada suka begitu juga sebaliknya.

"Dalam masa sama, tidak perlu fikir apa yang orang mahu perkatakan atau buat spekulasi. Disebabkan itu, kami ambil pendekatan diam saja hingga tiba waktu sesuai barulah kami kongsikan," katanya.



Tasha yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Melaka berkata, persiapan majlis perkahwinan mereka sudah 85 peratus siap.

"Alhamdulillah, ada sikit saja lagi yang belum siap. Walaupun ada sedikit kerisauan mengenai persiapan majlis, saya berharap semoga segala yang dirancang dipermudahkan Allah SWT.

"Cuma, sekarang ini perasaan bercampur baur. Gembira, teruja dan berdebar. Selepas ini saya bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai isteri. Tentu saja ia bukan sesuatu yang mudah.

"Saya selalu bertanya pada diri, bolehkah menjadi isteri yang baik dan adakah ilmu pengetahuan mengenai perkahwinan sudah cukup," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post