
Penyanyi, Sufian Suhaimi, 26, menafikan kapsyen yang dimuat naik di Instagramnya adalah sebagai tanda luahan kesedihan selepas muncul berita mengenai bekas kekasihnya, Elfira Loy dikatakan sudah bertemu pengganti dirinya.
Penyanyi lagu Di Matamu itu berkata, itu adalah sekadar kapsyen motivasi disesuaikan dengan gambar di Instagramnya.
“Kapsyen itu saya sesuaikan dengan gambar saya sedang berjalan. Ia juga hanyalah ‘quote’ yang saya anggap ada nilai motivasi,” katanya.
Sufian berkata, setiap apa berlaku kepada pelakon wanita itu tidak memberi kesan kepada kehidupannya.
“Kami pun dah ada kehidupan masing-masing. Jadi, apa yang dia lakukan tak berikan kesan kepada kehidupan saya dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Sufian turut meminta peminat terutamanya netizen berhenti mengaitkannya dengan kisah lamanya itu.
“Kalau boleh, saya minta semua untuk ‘move on’ atau teruskan kehidupan seperti biasa. Saya sendiri pun dah boleh teruskan kehidupan,” katanya.
Kapsyen dimuat naik Sufian berbunyi, “Learning to walk away is hard, but staying to suffer is harder,” sekaligus mencuri perhatian ramai.
Muat naik itu menerima lebih 33,000 ‘like’ dan hampir 200 komen daripada netizen memberikan semangat kepadanya supaya tidak bersedih.
aym bangkok ayam sabung filipina
ReplyDelete