Tahniah! Isteri Putra Amaris hamil


Putra Amaris bersama isterinya Syazwani

Tahniah diucapkan kepada pelakon Putra Amaris yang difahamkan isterinya Syazwani Alias sedang hamil anak pertama mereka.

Berita gembira ini dikongsi isteri Amaris di laman Instagramnya.

Difahamkan Syazwani baru sahaja disahkan hamil 18 minggu.







Melalui akaun Instagram tersebut dilihat suaminya Amaris memberi komen ringkas pada beberapa keping gambar yang dimuat naik.

Usaha untuk mendapatkan Amaris tidak berjaya kerana pelakon tersebut tidak menjawab panggilan mahupun membalas Whatsapp.

Nama Amaris atau sebelum ini dikenali dengan nama Amran Ismail menjadi hangat apabila dikatakan rapat dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Sebelum ini pernah ditanya kepada Vida tentang hubungan mereka, namun beliau hanya menjawab biarlah masa menentukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post