Sufian Suhaimi Tiada sebab untuk serik bercinta


Biarpun hasratnya untuk menamatkan zaman bujang bersama bekas tunangnya, Elfira Loy tidak menjadi kenyataan, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak pernah serik untuk bercinta.

Pengalaman putus tunang pada Februari lalu tidak pernah pernah dijadikan sebab untuk menutup pintu hatinya menerima orang baharu, cuma kata Sufian buat ketika ini dia masih belum bertemu pengganti.

“Kehidupan saya sangat baik sekarang. Malah saya kini sangat sibuk dengan kerja selain banyak meluangkan masa dengan keluarga.

“Apapun tiada sebab untuk saya serik nak bercinta, cuma buat masa sekarang saya tidak mencarinya,” ujar Sufian berterus-terang.

Dalam pada itu, penyanyi yang cukup dikenali menerusi Di Matamu ini mengakui sehingga kini masih terus diajukan soalan tentang kisah putus tunangnya biarpun dia kini sudah membuka buku baharu dan menganggap perkara tersebut telah lama lama selesai.






“Saya pun tak tahu kenapa orang masih bertanya kepada saya tentang perkara tersebut, sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

“Secara jujurnya perkara tersebut telah lama selesai. Namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya dah tak ada apa-apa di pihak saya,” tegas Sufian yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2018 pada Rabu.

Terdahulu sebelum itu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017, namun ikatan itu terlerai secara rasmi pada 18 Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post