Shiha Zikir nak up gambar orang yang menipunya


Kasihan pula Diva mendengar cerita mengenai penyanyi Shiha Zikir ini. Bukan apa, tempoh hari, Diva dapat tahu bahawa ada orang yang buat aniaya kepada Shiha. Dengarnya individu itu sebelum ini ada meminjam sejumlah wang daripada Shiha.

Malangnya, selepas berpuluh-puluh purnama, masih tidak mahu memulangkan wang yang dipinjam. Kata Shiha, sudahlah liat nak bayar hutang, selepas itu menipu pula.

Aduhai, kasihan Shiha. Apa yang Diva dengar, Shiha beri pinjam pun kerana individu tersebut ‘jual’ cerita yang menyentuh anak bini. Jadi, sebab kasihan atas dasar peri kemanusiaan, Shiha pun bantulah.

Rupa-rupanya, Diva dengar Shiha jumpa bini dia pun tak tahu di mana lelaki tersebut. Itu yang Diva difahamkan, kalau tak lunaskan hari ini, Shiha nak buat laporan polis esok.





Bahkan, bukan itu sahaja, Diva diberitahu, Shiha siap nak kongsikan gambar individu yang cuba melarikan diri itu di laman sosial. Barangkali untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada individu tersebut.

Rasanya, jumlah yang dipinjam lelaki tersebut itu mesti banyak. Kalau tidak, tak mungkin Shiha bertindak sedemikian.

Ini maksudnya, memang individu itu sudah melampaui had kesabaran Shiha. Bukan apa, setahu Diva, Shiha ini memang seorang yang baik dengan orang sekelilingnya. Lebih-lebih lagi dengan peminatnya. Atas sebab itulah Diva perhati kalau peminatnya di Indonesia itu, siap tunggu Shiha di lapangan terbang lagi!

Post a Comment

Previous Post Next Post