Aprena Manrose dikecam kerana pose


Baru-baru ini, ketika menikmati secawan kopi tarik dan pisang goreng, datang teman lama menyapa Diva.

Lama kami berborak, teman Diva ada bisik ke telinga Diva mengenai pelakon, Aprena Manrose yang dikecam di Instagram gara-gara memuat naik gambarnya dengan gaya yang dilihat agak mengganggu pandangan mata.

Diva sempat melihat gambar Aprena yang seperti berada dalam sebuah gimnasium tersebut.

Kemudian, Diva membaca komen-komen yang ditinggalkan di ruangan komen.





Ramai yang memberi komen negatif. Ada yang meminta suami Aprena membimbing pelakon itu sebaiknya.

Ada yang meminta pelakon cantik itu untuk membuang gambar berkenaan daripada Instagram kerana tampak tidak sopan dan ada juga yang memberikan komen dengan usikan gatal berbaur lucah.

Nasihat Diva kepada Aprena, sebelum memuat naik gambar di media sosial, fikirkanlah sebaiknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post