Rampas mikrofon, Haqiem Rusli dikecam lagi


Setelah mengundang kontroversi berkaitan isu depresi yang dicetuskan sebelum ini, Haqiem Rusli sekali lagi menerima kecaman ramai gara-gara tindakannya yang merampas mikrofon salah seorang peserta program I Can See Your Voice Malaysia pada Sabtu lalu.

Kejadian itu berlaku apabila peserta terbabit gagal menyanyikan lagu nyanyiannya, Tergantung Sepi dengan baik sehingga menyebabkan Haqiem naik ke pentas, merampas mikrofon dan menyambung beberapa baris lagu tersebut.

Tindakan tersebut ternyata mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan Haqiem sebagai kurang ajar dan cuba menunjuk-nunjuk kehebatannya .

Bagaimanapun penyanyi yang baharu tampil dengan single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang itu menyifatkan apa yang dilakukan itu hanyalah untuk berseronok sahaja.

"Netizen jangan terlalu nak mencetus sangat fasal program itu. Kita nak have fun sahaja. Jangan terlalu negatif, jangan terlalu nak cari kesalahan saya. Terima kasih," tulis Haqiem.





Biarpun cuba memberi penjelasan tentang tindakannya itu, netizen terus mengecam Haqiem dan menganggap apa yang dilakukannya itu tidak sepatutnya berlaku. Malah ada yang menyifatkan Haqiem tidak memahami konsep program tersebut.

Dalam masa yang sama, peminat-peminat Haqiem tampil mempertahankan penyanyi ini menyebabkan berlaku ‘perang komen’ di Twitter.

Tidak mahu memanjang isu terbabit, Haqiem kemudiannya memohon maaf atas apa yang berlaku.

“I'm sorry. I just want to say that I very sorry about that. That is all my fault. My niat just nak have fun dalam program tu. We cool ok,” tulis Haqiem yang dijemput sebagai salah seorang panel juri untuk program tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post