Pelakon cilik, Puteri Balqis, 11, atau lebih mesra disapa Aqish dikhabarkan kesihatannya kini berada dalam tahap kurang memuaskan, pada Ahad lalu.
Menerusi perkongsian video oleh ibunya, iaitu Norashikin Mohd Azizdi di akaun @rockingbalqis sekitar pukul 3 pagi, Aqish kelihatan lemah.
"It's already 3am..haven't slept for 2days.Puteri is still not in a very good condition," coret ibunya dengan tanda pagar #lostWithoutHerSmile.
Pada masa sama, perkongsian di IG ibunya @thohustler berbunyi; "Dead Inside," tulisnya.
Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan Aqish mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.
Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.