Ammar Alfian selamat dari serangan lanun


Pelakon, Ammar Alfian berkata dia mungkin menjadi mangsa tebusan lanun ketika sedang menjalani penggambaran filem Paskal.

Menurut Ammar, 31, kejadian itu berlaku sehari sebelum mereka pergi ke lokasi penggambaran di pelantar minyak di Semporna, Sabah.

"Kami difahamkan sehari sebelum ada lanun nak serang ke sana (pelantar minyak) sebab mereka tahu ada pelakon-pelakon, nak jadikan tebusan.

"Tapi pihak Tentera Laut dan Pasukan Khas Laut (Paskal) masing-masing dah sedia maklum dan beri peringatan kepada team produksi untuk berwaspada.

"Lanun tersebut hanya ada masa pada sebelah pagi dan malam sahaja. Tapi alhamdulilah, tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku," ujar Ammar.




Ammar ditemui ketika sidang media filem Paskal di GSC Signature, The Gardens Mall.

Filem Paskal arahan Adrian Teh akan mengetengahkan pembabitan PASKAL dalam misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dari lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Karya menelan kos pembikinan sebanyak RM10 juta itu turut memaparkan kejayaan PASKAL dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998.

Turut membintangi filem itu adalah Hairul Azreen, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Post a Comment

Previous Post Next Post