Peraduan Menangi tiket filem Sebelum Iblis Menjemput


Jom tengok filem Sebelum Iblis Menjemput

Indonesia sememangnya terkenal dengan penghasilan filem seram yang mendebarkan dan penuh kejutan.

Terbaharu, Sky Media dengan kerjasama iDeate Media membawakan filem Sebelum Iblis Menjemput ke Malaysia.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 20 September depan, filem hasil tulisan dan arahan Timo Tjahjanto ini menyaksikan gandingan pertama kali Chelsea Islan dan Pevita Pearce bersama bintang lain seperti Samo Rafael, Hadijah Shahab, Ruth Marini, Karina Suwand dan Ray Sahetapy.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan Alfie (Chelsea Islan), seorang gadis yang mempunyai latar belakang keluarga yang porak-peranda.

Terpisah lama dengan bapanya, Alfie mendapati kehidupan bapanya yang malang.

Justeru dia berusaha mencari jawapan punca kemalangan dan penyakit yang dialami oleh bapanya.

Namun kehadiran saudara tirinya, Maya (Pevita Pearce) mengeruhkan keadaan dan merumitkan usaha Alfie mencari jawapan.




Sudah mula ditayangkan di Indonesia sejak 9 Ogos lalu, rata-rata memberi ulasan yang baik untuk filem ini kerana menampilkan sebuah jalan cerita yang mendebarkan.

Jadi bagi anda yang ingin menjadi antara 50 tetamu istimewa kami menonton filem Sebelum Iblis Menjemput sebelum tarikh tayangannya di Malaysia, ikuti tiga langkah mudah ini.

1. Berikan nama dua watak utama filem ini?

2. Siapakah pengarah filem ini?

3. Bilakah Sebelum Iblis Menjemput akan ditayangkan di Malaysia?

Lengkapkan soalan dan sertakan slogan, "Saya mahu menonton Sebelum Iblis Menjemput kerana ... (tidak lebih 20 patah perkataan) beserta #sebelumiblismenjemput

Keputusan pemenang adalah muktamad dan hantarkan jawapan dan slogan anda kepada kami menerusi emel - zass.sinarharian@gmail.com.

Post a Comment

Previous Post Next Post