
Apabila bergelar artis sama ada pelakon ataupun penyanyi, peminat pasti teruja untuk mengikuti perkembangan kerjaya dan sisi peribadi hidup mereka.
Pun begitu, pelakon dan pengacara, Nina Nadira berkata dia enggan untuk kerap berkongsi gambar ataupun video berduaan dengan suaminya.
"Saya perasan follower IG suka tengok perkembangan rumah tangga saya dan ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.
"Namun saya tidak mahu terlampau menunjuk atau berkongsi momen sweet sebab nanti mereka akan menjangkakan lebih.

"Ada masa-masa yang sesuai saya akan kongsi," jelasnya.
Bercakap tentang kerjaya, Nina memberitahu dia kini agak selektif dalam pemilihan naskah kerana sudah berstatus isteri orang.
"Kalau dulu mungkin terima sahaja sebab saya belum berpunya.
"Tapi sekarang lain la sebab dah jadi isteri dan kena bahagi masa.
"Jadi soal berlakon atau apa sahaja tawaran yang datang saya akan pertimbangkan terlebih dahulu," ujarnya.
Untuk rekod, Nina dan suami, Ahmad Farhan Rusman, berkahwin pada akhir Julai tahun lalu.