Mira Filzah temankan Zizan Razak


Sampai sekarang Diva sendiri tidak tahu apa status sebenar hubungan antara pelakon Mira Filzah dan Zizan Razak. Bukan apa, kalau baca cerita-cerita mereka itu, masing-masing tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai desas-desus mengatakan mereka bercinta. Jawapan selamat yang mereka beri hanyalah kawan sahaja.

Bukan apa, baru-baru ini sewaktu tayangan pratonton filem Wheely ada kawan beritahu Diva, dia nampak kelibat Mira hadir pada program itu. Pada mulanya kawan Diva itu hairan kerana katanya Mira tidak terlibat dengan filem animasi tersebut.





Alah, kalau tidak terlibat, tak semestinya tak boleh hadir kan Mira? Diva rasa barangkali Mira hadir atas undangan pihak penganjur sendiri. Cuma, kawan Diva itu beritahu mungkin Mira datang ke acara itu untuk memberi sokongan kepada Zizan.

Oh, baru Diva teringat bahawa Zizan memang ada terlibat dalam filem itu kerana salah satu watak menggunakan suaranya. Itu yang kawan Diva merasakan mungkin Mira datang nak teman Zizan. Wah, kalau betul, sweetnya Mira sanggup datang beri sokongan kepada Zizan. Barulah betul konsep begini, kawan sokong kawan antara satu sama lain. Betul tak?

Post a Comment

Previous Post Next Post