Michael Ang Bukan back up or kutuk sesiapa


Sejak beberapa hari lalu, isu pembelian barangan jenama palsu menjadi perhatian ramai selepas sebuah akaun Instagram, mendedahkan beberapa artis dan Instafamous bersama barangan dipakai mereka daripada jenama mewah namun ia sebenarnya barangan tiruan.

Biarpun ada yang mempertahankan tindakan mereka, namun ramai netizen berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku kerana ia melanggar hak cipta sesuatu jenama.

Begitu juga dengan pengarah berbakat besar, Michael Ang yang meminta mana-mana selebriti atau Instafamous memilih barangan palsu agar tidak berasa marah sekiranya produk atau hasil kerja mereka turut diciplak.


"Kepada artis atau Instafamous, suka hati kau orang la nak pakai original atau fake! Kalau yang memilih (barangan) fake tu jangan pulak bila hasil kerja atau barangan kau orang diciplak kau orang melenting dan minta belas kasihan!

"Sebab apa yang kita buat akan berbalik pada kita kembali!" tulisnya.

Dalam pada itu, Michael berkata, dia berharap kenyataannya itu tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana ia sekadar pandangan.

"Pendapat saya sahaja. Bukan back up or kutuk sesiapa. Jadi tak payah terasa. Sayang anda semua," tulisnya lagi.





Post a Comment

Previous Post Next Post