Asfan Shah Habis maruah sebab saya beli mahal


Sejak akaun @streetwearbustamy_ diwujudkan, beberapa artis Malaysia dikesan menggunakan barangan tiruan.

Penyanyi dan komposer, Asfan Shah antara artis yang tidak terlepas daripada penilaian menerusi akaun tersebut.

"Saya happy bila ada akaun seumpama itu. Sebelum ini pun saya ada mengikuti Fake Education yang memberitahu mengenai perbezaan barangan replika ataupun original.

"Sekarang ini akaun itu memang tengah hangat. Bila akaun terbabit post yang barang saya tak fake saya tentulah happy.

"Kalau secara tak langsung dia kata barang saya fake, habis maruah sebab saya beli mahal," katanya.


Ditanya adakah penyanyi ini akan menerima sebarang bentuk review berbayar, ujarnya hanya dibuat pada barangan tulen sahaja.

"Saya tak buat paid review barangan replika, kalau tolong pun saya sokong yang keluaran lokal sahaja," katanya.

Meski mampu menarik nafas lega tetapi ada juga segelintir netizen yang mengecam hebat.





"Selepas kejadian itu saya ada juga menerima beberapa komen kecaman netizen.

"Komen netizen, kain kapan pun tidak ada yang original dan kau gaji besar, aku gaji kecil.

"Pun begitu, bagi saya kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Boleh sahaja beli barangan mampu milik seperti di Padini, H&M, UNIQLO dan banyak lagi," kata Asfan.

Asfan yang merupakan komposer terkenal berharap agar penyanyi dan pelakon di Malaysia sokong barangan tulen dan lokal sahaja.

"Secara peribadi, bagi saya kalau selebriti nak beli juga tak ada masalah tetapi untuk review tak wajar. Cuba bayangkan karya kita kalau orang cetak rompak pun kita marah," kata Asfan tegas.

Post a Comment

Previous Post Next Post