Kay Khydir Dah tunang, kahwin tapi putus


Penyanyi dan pelakon, Kay Khydir berkata dia pernah mengikat tali pertunangan bahkan pernah berkahwin, tetapi gagal.

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Kay, 29, usah cepat melatah kerana itu hanya merujuk kepada dunia lakonannya sahaja.

“Saya dah tunang malah kahwin pun sudah tapi putus (ketawa), saya hanya bergurau itu hanyalah dalam drama sahaja.

“Sejujurnya belum ada yang isi kekosongan hati tambahan saya sibuk dengan kerja.

Kesian nanti tak ada masa pula untuk si dia,” akuinya.


Terus ditanya adakah Kay tidak sunyi memandangkan usia kini semakin meningkat.

“Sunyi juga bila usia dah meningkat dan dalam keluarga, saya seorang sahaja yang belum kahwin.

“Tapi tunggulah bila sudah ada aset rumah baru saya akan fikirkan tentang kahwin,” katanya.





Nur Khaidir Muhd atau lebih dikenali dengan nama pentas Kay Khydir mengulas pertanyaan media apabila diajukan soalan mengenai sisi peribadinya ketika ditemui pada majlis kesyukuran ERA 20 tahun di Rumah Titian Kaseh, Jumaat lalu.

Kay yang lebih sinonim watak jahat sebagai Naufal menerusi drama bersiri Memori Cinta Suraya bakal mengeluarkan lagu pertamanya berjudul Bukan Bahagiaku ciptaan komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Abie Abdullah.

Selain itu, kini jejaka kacak ini merupakan artis di bawah syarikat SH Entertainment.

Post a Comment

Previous Post Next Post